Contact Form

 

Wartawan yang tulis artikal ni silap tulis nama aku, sepatutnya Abd Latif , satu f je... tapi tak pelah.. publisiti punya hal

Total comment

Author

Latif Maulan

ZIKRIN, karyaku yang spontan....



Karya ini aku hasilkan secara tidak dirancang... spontan, mungkin rakaman wajah budak ini menarik perhatian aku dan cuba memaparkannya ke atas canvas. Cat minyak atas kanvas, hampir seminggu lebih aku cuba menyiapkan lukisan ni... seronok juga buat potrait.. tapi sebenarnya aku tidak berapa pro sangat dengan potrait cuma nak buat experiment subjek. Kalau tak silap karya ini di hasilkan tahun 1999...
Apa yang jelasnya kalau nak lukis potrait kena ada gaya, kalau kita pegi kat Central Market tu memang ramai yang kita lihat pro melukis potrait, memang aku tidak nafikan kehebatan mereka.. aku respek kat dia orang tu, memang terror.

Total comment

Author

Latif Maulan

Karya

Ada dua perbezaan yang ketara di sini, melukis untuk diri dan melukis untuk kepuasan. Melukis untuk diri adalah melukis untuk kita meneruskan kehidupan iaitu untuk mendapatkan pendapatan, dengan itu aku juga perlu buat lukisan yang berunsurkan komersial di mana, apa yang pelanggan minat?, apa yang pelanggan suka?, apa yang membolehkan lukisan itu jual?



Warna.. bagi aku warna amat penting untuk menarik perhatian pelanggan, tak kira jenis lukisan apa pun. Ini aku membuat penilaian sepanjang pejalanan seni aku selama hampir 10 tahun. Secara purata warna-warna yang terang dan harmoni lebih banyak terjual dari yang sebaliknya. pemilihan subjek juga penting, orang suka tengok objek yang seimbang, tak buruk dan tak cantik.. maknanya sederhana. Yang penting sekali kehalusan dan kerajinan yang terpapar di atas kanvas tersebut membuat orang akan menghargai lukisan tersebut... maknanya apabila dia terpandang akan lukisan tersebut dia akan menghargai apa yang terpapar di atas kanvas tersebut kerana di situ ada semangat dan daya dari pelukis yang melukis karya tersebut.



Kalau kita nak lukis untuk kepuasan diri, bagi aku buat masa ni belum lagi sampai masanya.. melukis untuk kepuasan adalah melukis apa yang kita suka dengan tidak mementingkan apa yang orang suka. Lukisan yang semacam ini ada juga orang suka.. tapi secara purata ianya kurang sedikit mendapat perhatian, lainlah kalau aku dah betul betul menjadi aritist yang otai dan terkenal seluruhnya.

Total comment

Author

Latif Maulan
Hari kedua, walaupun takde mood.. aku cuba untuk meneruskan palitan warna ke atas kanvas. Gambar Al-Quran dan rehal, ada orang nak.. kalau tak buat duit tak masuk. Jadi pelukis sepenuh masa macam ni kena perlu ada kesabaran dan kesungguhan... kekadang terpaksa paksa diri untuk menghadap lukisan walaupun takde mood. Minat, bakat dah ada.. yang perlu lagi hanyalah disiplin diri, itu yang penting. Sabar itu yang penting.. lebih lebih lagi pada pelukis yang menghasilkan lukisan realism dan photorealism, perlukan fokus dan ketelitian yang tinggi.

Dah hampir 10 tahun aku melukis... aku masih ingat bagaimana detik-detik permulaan aku untuk menjadi seorang pelukis sepenuh masa hingga kini. Selepas habis spm ... keputusan tak bagus sangat tapi kira ok lah. Aku kerja di Genting View sebagai waiter.. kerja teruk, pendapatan tak setimpal, kemudian aku kerja di sebuah supermarket di bandar daerah kelahiranku. Sebagai artist display... lama juga aku bertahan di situ.

Aku di perkenalkan dengan seorang pelukis yang boleh dikatakan otai jugak. Di samping bekerja sebagai artist display aku belajar mengenai dunia seni lukis dengan pelukis tu. Pelukis tu punyai gallery di Kuala Lumpur. Tahun pertama aku di perkenalkan dengan dunia cat air (watercolour)... mudah aku rasakan dan lukisan cat air pertama aku dijual dengan harga 500 ringgit, gembira tak terkata aku rasakan. Dari situ bulan demi bulan lukisan aku dijual, hampir dikatakan lukisan aku di jual setiap bulan. Aku mula berkeyakinan untuk hidup sebagai seorang pelukis sepenuh masa. Aku berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya sebagai seorang pelukis.

Memang seronok bila kita dapat capai apa yang kita inginkan , dunia aku rasakan seperti aku yang punya. Hari demi hari aku cuba untuk mempersembahkan hasil karya aku yang bermutu, di situ juga aku banyak belajar, kualiti itu amat penting dari kuantiti. Biar buat satu betul betul lukisan yang halus lagi berkualiti dan jual dari buat banyak tapi satu hapak pun tak jual. Apa yang penting aku harus buat sesuatu yang orang akan pandang dan tertarik. Daya tarikan amat penting dalam menghasilkan sesuatu karya.

Total comment

Author

Latif Maulan
Mata dah pedih...tak tau nak tulis apa, cuma nak kata terima kasih sebab singgah sebentar ke halaman ini untuk menatap secebis kisah aku seorang pelukis... tak pernah terlintas untuk aku menulis... cuma mungkin ini adalah tindakan natural yang aku sendiri tak tau....



Doa

waktu bulan pucat di tengah langit, dalam kelam kulihat bayang sendiri, tanpa suara dan segalannya, kecuali doa
Tuhanku yang pengasih, andaikata malam kabut begini, memberi pengertian untukku, seorang pencari cintamu, maka, kutadahkansetulus harap, dari kamar sempit ini, dari jendela kaca yang kaku.

Tuhanku yang pengasih, berikanlah aku beberapa hari lagi, untuk yang pasti tiba, demi segala kekuatan dan keunggulan-Mu, aku merasa semakin kecil. Dan katakanlah mati memberikan pengertian buat seorang yang bernama manusia, maka kupinta kepada-Mu, suatu penangguahan.

Tuhanku yang pengasih, demi kebesaran-Mu aku tetap memohon mentari masih bersinar esok dan esoknya. malam yang dikaburikabut dan bulan bersabit aku meyakini sesuatu, biarlah embun kasar tidak turun membasahi sedikit ketenangan.






Total comment

Author

Latif Maulan