.. catatan perjalanan hidup seorang pelukis.......

Ini adalah hamparan spontan natural dari diri seorang pelukis.....

Saturday, July 26, 2008

Menggerudi Inspirasi di Pameran Ahmad Zakii

23 hb lepas aku bersama rakan pergi ke Galleri Petronas di KLCC untuk menyaksikan karya-karya Ahmad Zakii Anwar, 100 koleksi lukisan beliau dipamerkan di situ, memang dah lama aku nak menyaksikan pameran beliau dan akhirnya semalam baru tercapai hasrat, ternyata lukisan beliau memang mempunyai kekuatan yang tersendiri, melihat sahaja lukisan lakaran arang yang bersize besar membuatkan aku rasa teruja dengan kehebatan sentuhannya.

Lukisan still life akrilik di atas jute membuatkan fikiran melayang sejenak kerana di situ terdapat mesej berahi namun tidak keterlaluan yang ingin disampaikan, manakala lukisan siri orang menghisap rokok di situ sungguh kuat dengan pengolahan penduaan figura yang begitu ketara strok berus .. walaupun setiap imej tidak ditonjolkan wajahnya dengan dilitupi asap asap rokok membuatkan lukisan itu misteri dan penuh tanda tanya.

Siri tari -Gemelan Dinstant , yang bersize besar, terasa pergerakan dan liuk lentok sang penari, dengan hanya penggunaan latar belakang warna hitam membuatkan imej sang penari dan pemuzik menonjol dengan begitu ketara sekali.





Meskipun pameran ini seolah retrospektif iaitu koleksi koleksi lukisan yang telah dibeli ataupun dimiliki oleh kolektor dari tahun tahun yang lepas dan dipamerkan atau dikumpulkan kembali namun apabila dicampurkan kesemuanya karya beliau tampak begitu ada kesamaan semuanya dari segi sentuhan berus strok dan juga pengayaan yang tersendiri dari penggunaan warna yang saya rasakan boleh dikatakan 'HITAM' atau boleh dicop "master of darkness".





Penggunaan warna terang pada lukisan siri sofa- bunga - dan hanya satu karya 'penghisap rokok' yang saya rasa agak ceria di pengakhir perjalanan pengamatan saya dimana warna biru terang begitu tampak bergaya dan ada kelas yang tersendiri tapi tetap ada unsur kegelapan tersebut.





Kembali kepada pengamatan saya pada lakaran arang beliau yang begitu besar, membuatkan karya karya silat, seorang pakcik yang macam pendekar pun ada, andy warhol etc tampak sungguh kuat stroknya namun kehalusan sentuhan tetap wujud di setiap ceruk garisan yang dipamerkan.

Friday, July 25, 2008

Sertai komuniti SENI LUKIS terunggul MAH

Jangan lupa untuk menyertai komuniti seni lukis MAH, http://myarthost.com/ yang kini telah mencecah seribu lebih ahli, anda boleh berinteraksi secara terus bersama pelukis pelukis yang ada di dalam portal tersebut, penyertaan anda tidak kira pelukis mahupun peminat seni amat kami harigai.

Saturday, February 04, 2006

Hari KE-3, "Di Larang Menjaja Di Sini"


Hari ke 3 pembikinan lukisan ini....


Lukisan ni hampir siap cuma perlu kehalusan nya lagi....



Tong tong yang tersusun di tepi jalan raya itu merupakan simbol pencemaran yang tiada penghujung......


papan tanda yang hampir siap...


Hampir ke penghujungnya......


Akhirnya........ cuma perlu sentuhan terakhir.....

Wednesday, February 01, 2006

Hari KE-2 Lukisan yang belum bertajuk...
















Hari ini hari kedua aku melukis lukisan ini, tiada apa yang menarik, cuma, lapisan pertama ini perlu diteruskan.



Kadang-kadang timbul juga rasa bosan kerana duduk di hadapan kanvas terlalu lama, tapi kerja harus diteruskan. Hari ini di luar studio nampaknya hujan membasahi bumi sempena kedatangan tahun baru Maal Hijrah ini, syukur Alhamdulillah, sejuk rasanya.


Sudah hampir seminggu tanah di luar kering kepanasan, hujan ini seolah olah menyambut kedatangan Maal Hijrah. Kuasa Allah, jikalau tumbuh-tumbuhan diluar boleh berkata-kata tentu mereka gembira dengan hujan ini, tapi sekarang ni hujan pun sudah tidak macam dulu lagi kerana musim dan cuaca tidak menentu.







Hujan dulu dengan hujan sekarang tentu banyak beza, kalau dulu masa kecil, seronok rasanya bermandian hujan tapi sekarang ni nak mandi hujan pun rasa takut , takut dengan hujan toksid.


Kepanasan yang melampau, ozon yang menipis semuanya disebabkan oleh manusia itu sendiri, manusia kini sedang memusnahkan tempat tinggal mereka sendiri. Virus baru sentiasa sahaja muncul, selsema burung. Tak sangka burung pun boleh kena selsema, kalau selsema macam kita tak pe lagi tapi boleh membawa maut kepada manusia, semuanya kuasa Allah, segala-galanya ada hikmah di sebaliknya.
Hari ni hari pertama dalam bulan kedua tahun 2006, cepat sungguh masa berlalu. Pameran solo aku masih lagi tidak ditetapkan, aku cuba untuk menyiapkan 5 keping lagi lukisan untuk cukupkan 20 keping.








Aduh, cepat sungguh masa berlalu, ini adalah lukisan yang ke 15 aku lukis, tema untuk pameran aku nanti berkaitan dengan kritikan sosial. Lukisan ini tentang pemandangan di lebuhraya antara Bentung ke Kuala Lumpur, jika dilihat apabila kita ingin sampai ke Kuala Lumpur, banayk papan tanda Di Larang Menjaja Di Sini.

Menarik perhatian aku di mana terdapat penjual lemang di kawasan tersebut tetapi tidak mengendahkan papan tanda tersebut, apahal ni, buta huruf ke mereka tu. Mereka tidak risau ke tentang keselamatan diri dan juga pengguna lebuhraya yang lain. Mungkin setelah berlaku kematian yang melibatkan penjual lemang dengan pengguna lebuhraya barulah mereka akan tersedar.











Pemandangan ini juga berkaitan dengan kesempitan hidup mayarakat minoriti yang sanggup bergadai nyawa untuk mencari rezeki walaupun terpaksa melanggar peraturan (Di Larang Menjaja Di Sini), tidak adakah tempat untuk mereka menjual lemang tersebut? Bukankah ada disediakan gerai berdekatan sebelum sampai ke Tol Kuala Lumpur itu, kenapa mereka tidak mahu berniaga di itu? adakah mereka tidak diberikan tempat oleh golongan tertentu. Sepatutnya diadakan gerai khas untuk mereka menjual lemang, jadi tidaklah mereka menjaja di kawasan yang tidak sepatutunya. Pemandangan ini sudah berlaku bertahun tahun tapi pihak majoriti tidak dapat melihat.

Permasalahan seperti inilah yang terungkap dalam karya yang aku sedang hasilkan ini. Aku cuba untuk membawa pemerhati karya ini untuk sama-ama berfikir. Semoga karya ini akan menjadi sesuatu komunikasi antara pengkarya dan juga pemerhati, teringat satu perpatah inggeris, "art is not a goal, but to communicate with man kind.."


Bersambung esok.......... http://www.latifm.com








Tuesday, January 31, 2006

karya lukisan yang ke 14



Lukisan ni belum pun diberi tajuk, aku mulakan hari ni dengan lapisan pertama. Memang sukar sikit nak berimaginasi sebab sudah biasa melukis menggunakan gambar-gambar yang aku rakam menggunakan digital kamera. Lukisan yang berimaginasi memerlukan daya ingatan yang kuat, daya ingatan seperti rakaman foto, semuanya kita kena ingat dalam kepala mengenai pencahayaan, bayang, warna dan sebagainya. Apa pun juga aku rasa kita memerlukan objek untuk dijadikan contoh untuk dilukis.

Lapisan pertama memang senang cuma sapukan Lapisan pertama memang senang cuma sapukan warna asas sahaja. Memang kerja melukis ni memerlukan kesabaran yang tinggi , kalau takde kesabaran memang susah nak siapkan lukisan ni, apatah lagi untuk menyiapkan lukisan yang memerlukan kehalusan sentuhan berus.

Mungkin dari pengamatan dari mata kasar kita tak dapat lihat lagi apa yang aku cuba lukis di sini. Warna biru muda tu, latarbelakang langit, kuning tu merupakan papan tanda iaitu ybjek utama yang perlu di beri perhatian dalam penghalusannya.

Dari sehari ke sehari aku nak buat journal ni ... setiap hari aku rasa aku perlu rakam apa yang aku buat dan hasilkan, cuma untuk rekod sendiri.

Aku menggunakan warna winsor and newton-winton oil colour, di kedai nangyang art supplies kat jalan petaling. Suka beli tiub besaar 200ml, boleh tahan lama dan banyak lukisan boleh dihasilkan, satu tiub RM 53.50. Banyak jenis dan harganya pula berbeza beza mengikut kualiti.