Dah hampir 10 tahun aku melukis... aku masih ingat bagaimana detik-detik permulaan aku untuk menjadi seorang pelukis sepenuh masa hingga kini. Selepas habis spm ... keputusan tak bagus sangat tapi kira ok lah. Aku kerja di Genting View sebagai waiter.. kerja teruk, pendapatan tak setimpal, kemudian aku kerja di sebuah supermarket di bandar daerah kelahiranku. Sebagai artist display... lama juga aku bertahan di situ.
Aku di perkenalkan dengan seorang pelukis yang boleh dikatakan otai jugak. Di samping bekerja sebagai artist display aku belajar mengenai dunia seni lukis dengan pelukis tu. Pelukis tu punyai gallery di Kuala Lumpur. Tahun pertama aku di perkenalkan dengan dunia cat air (watercolour)... mudah aku rasakan dan lukisan cat air pertama aku dijual dengan harga 500 ringgit, gembira tak terkata aku rasakan. Dari situ bulan demi bulan lukisan aku dijual, hampir dikatakan lukisan aku di jual setiap bulan. Aku mula berkeyakinan untuk hidup sebagai seorang pelukis sepenuh masa. Aku berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya sebagai seorang pelukis.
Memang seronok bila kita dapat capai apa yang kita inginkan , dunia aku rasakan seperti aku yang punya. Hari demi hari aku cuba untuk mempersembahkan hasil karya aku yang bermutu, di situ juga aku banyak belajar, kualiti itu amat penting dari kuantiti. Biar buat satu betul betul lukisan yang halus lagi berkualiti dan jual dari buat banyak tapi satu hapak pun tak jual. Apa yang penting aku harus buat sesuatu yang orang akan pandang dan tertarik. Daya tarikan amat penting dalam menghasilkan sesuatu karya.

0 comments