Contact Form

 

Perjuangan belum selesai...

Di saat ini aku terlalu parah diuliti oleh rindumu. Terlalu seksanya diriku menghadapi kerinduan ini, tapi masihkah kau setia pada rindumu dan tidak mungkin akan terluput dari ingatan biar cuma seketikapun. Pastinya kau selalu bertakhta di dalam hatiku.
Terlalu kompleksnya cinta ini , hingga aku jadi separuh gila keranamu. Cinta apakah yang kau berikan padaku hingga terlalu sukar bagiku untuk memahamimu, sememangnya kini , kehadiranmu telah bayak menyedarkan diriku bahawa kau adalah lagenda agung untuk kusanjung. Terima kasih kerana nasihat dan perhatian yang begitu bermakna bagiku untuk terus berjaya. Kini kau telah banyak mendewasakan diriku. Mendewasakan hati dan pemikiranku melalui kelembutan matamu jua melalui kemesraanmu itu... ya sinar matamu yang sering membuat aku rindu padamu.....

Total comment

Author

Latif Maulan