Contact Form

 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2006

Selamat menyambut tahun baru 2006, masih bertungkus lumus untuk persediaan pameran solo 2006. Tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru, maka banyaklah azam-azam baru yang kedengaran. Bercakap tentang azam, tak tahulah..... aku tak der specific azam cuma nak buat pameran solo jer, insyaAllah success. Dua bulan jer lagi dateline untuk solo aku... 15 keping lukisan paling sikit, 4 keping lukisan lagi nak disiapkan.

Total comment

Author

Latif Maulan

Selamat Berpuasa dan rezeki

Selamat berpuasa kepada semua, semoga puasa ni lebih menjadikan kita kreatif lagi dalam menghasilkan karya dan semoga dirahmati dan dicurahkan rezeki. InsyaAllah.

Semalam dapat call dari galeri, Bank Negara nak lukisan aku untuk dijadikan koleksi mereka, seronok rasanyer. Terpaksa stop buat lukisan untuk show, dah 4 keping siap, anyway work ni penting juga. Dateline tengah bulan. InsyaAllah aku boleh siapkan

Total comment

Author

Latif Maulan

Sertai arts club and forum





Sertai arts club and forum dan anda mungkin akan dapat memiliki sebuah lukisan sebagai peserta bertuah.

Total comment

Author

Latif Maulan
Lukisan ni dalam pembikinan, siri baru yang memaparkan tentang subjek yang biasanya kita tak hiraukan. Sesuatu yang kita lihat sekali imbas tapi mempunyai nilai nilai yang boleh kita fikirkan sendiri sama ada buruk atau baik, lebih-lebih lagi kepada gambaran jauh subjek figura pasangan yang mungkin sedang bergaduh atau apa saja bergantung kepada pandangan pemerhati terhadap subjek figura tersebut- mungkin juga pemandu lori tersebut berhenti seketika untuk bertemu kekasih, tunang atau isteri dan berlaku suatu drama yang tidak diketahui oleh pelukis kerana gambaran ini dirakam secara spontan.

Total comment

Author

Latif Maulan

the making of "Jangan Lupa..."

Drawing menggunakan skala
close up
Hari ke 3
Hari ke 4.......
Hari ke 5.....
hari ke 6......
Hari ke 7.....
Hari ke 8......
Hari ke 9.......
Hari ke 10..........
Hari ke 11..........
Hari Ke 12...siap

Total comment

Author

Latif Maulan

Portsmouth


Gambar masa kat Portsmouth.... dah lupa apa nama kapal tu... oh ya kapal Rosemary, kat Portsmouth, UK.

Total comment

Author

Latif Maulan

cooktown, australia


rumah api di cooktown, australia

Total comment

Author

Latif Maulan
Gambar 2 masa jalan jalan kat Central Park, New York, USA. Masa nak pegi tengok Lion King theatre kat Broadway.. jalan kaki je dari Central Park...

Total comment

Author

Latif Maulan
Kenangan masa kat Central Park, NYC, US, tahun 2001

Total comment

Author

Latif Maulan





kenangan masa jalan-jalan di kota London

Total comment

Author

Latif Maulan

Rumah api di Plymouth, UK

Total comment

Author

Latif Maulan

Gambar 2 masa kat eden projek, uk.

Total comment

Author

Latif Maulan

Gambar kenangan masa melawat eden projek kat UK, besar giler tempat tu... semua jenis hutan dari seluruh pelusuk dunia ada dalam tu......

Total comment

Author

Latif Maulan
Gambar ni kenangan masa aku kerja sambil bercuti kat uk... seronok jugak kerja tempat orang, pengalaman yang penting.

Total comment

Author

Latif Maulan

Pukul tiga pagi, masih berjaga....arghhhh lukisan tak siap lagi. Nak buat design website baru, website aku tu nampak semak, kali ni aku nak buat simple sikit... macam mana nak siapkan lukisan 30 keping, dahla lukisan realistik detail.. aku kena ubah sikit, mungkin buat minimalism, main dengan space, tension...tension...tension...aku kena buat juga pameran solo walau apa pun..walau pun memakan masa setahun. Cuba bayangkan 30 keping lukisan realistik... kalau jadik tentu gempak. Anyway aku akan teruskan juga perjuangan ini hingga ke akhirnyer. Aku tengok lukisan orang puteh usa yang baru aku surf website dia tadi rasa tercabar juga, steve mills.. lukisan dia memang hebat betul http://www.stevemillsart.com/ kalau tengok lukisan dia sebijik macam photograph, memangla .. ia buat sebulan sekeping je lepas tu jual 20, 30 ribu us dollar, bebaloi la.

Total comment

Author

Latif Maulan

kenangan di australia

Total comment

Author

Latif Maulan

Latif In Person

Total comment

Author

Latif Maulan

Lukisan yang sedang dihasilkan




Lukisan yang sedang dihasilkan ini belum diberi tajuk lagi......Hari pertama, lakaran kasar menggunakan skala. penggunaan skala dapat menjimatkan masa dari melakukan kesilapan yang berulang.
Perwarnaan bermula dari latar belakang subjek, dinding, pintu dan lantai

Ini adalah pewarnaan lapisan pertama iaitu menggunakan medium acrylic, lapisan pertama tidak perlu penghalusan.

Diikuti dengan pewarnaan lapisan ketiga dengan menggunakan kaler minyak.

Peringkat seterusnya, proses penghalusan.

Penghalusan serta meningkatkan efek cahaya dan bayang

Hampir siap

Total comment

Author

Latif Maulan

Berita Dari Galeri


Siri quran dan rehal

Total comment

Author

Latif Maulan

Perjuangan belum selesai...

Di saat ini aku terlalu parah diuliti oleh rindumu. Terlalu seksanya diriku menghadapi kerinduan ini, tapi masihkah kau setia pada rindumu dan tidak mungkin akan terluput dari ingatan biar cuma seketikapun. Pastinya kau selalu bertakhta di dalam hatiku.
Terlalu kompleksnya cinta ini , hingga aku jadi separuh gila keranamu. Cinta apakah yang kau berikan padaku hingga terlalu sukar bagiku untuk memahamimu, sememangnya kini , kehadiranmu telah bayak menyedarkan diriku bahawa kau adalah lagenda agung untuk kusanjung. Terima kasih kerana nasihat dan perhatian yang begitu bermakna bagiku untuk terus berjaya. Kini kau telah banyak mendewasakan diriku. Mendewasakan hati dan pemikiranku melalui kelembutan matamu jua melalui kemesraanmu itu... ya sinar matamu yang sering membuat aku rindu padamu.....

Total comment

Author

Latif Maulan

Berikan komen anda


Click image for larger view (High Resolution)

Artist: Abd Latif Maulan
Title: Just Another Day
Medium: Acrylic, alkyd and oil on canvas
Size: 34 Inch x 28 Inch
Year: 2004

Setelah melihat lukisan ini saya harap anda boleh beri komen anda di sini

Total comment

Author

Latif Maulan

hari-hari biasa seorang peluk

hari ni... tak taulah, bosan sangat, kalau dah beberapa jam mengadap kanvas, boring jugak... tapi kalau tak melukis tak boleh jugak. Kekadang kalau bosan sangat aku call member ajak minum teh tarik pekena dengan roti canai kaw... beborak dengan member refresh kepala hotak, lepas tu baru dapat semangat balik. memang betul kalu asyik dok terperap aje dalam studio ..otak boleh jadi beku dibuatnya... seronok pulak aku lukis ni.

Hidup sebagai pelukis ni macam orang biasa jugak, kekadang ada naik turun jugak, minggu lepas gi galeri. Diaorang cakap rata-rata bisnes slow, tension jugak. Pelanggan aku semua dah ada kat lima enam keping lukisan, nak call diaorang segan gak terpaksa cari pelanggan baru la. Nasib baik manager aku ok, tolong carik komisyen lukisan untuk aku, tak lah sangat parah.

Total comment

Author

Latif Maulan

Latif dalam New Straits Times, Life And Times, Wednesday, September 29, 2004Clik imej untuk baca

Total comment

Author

Latif Maulan
New Straits Times, September 8, 2003


Latif dalam New Straits Times, September 8, 2003, klik imej untuk baca

Total comment

Author

Latif Maulan
Berita Harian, '1998'
Latif Ajak Manusia Hargai Hutan

Latif dalam Berita Harian, klik imej untuk baca

Total comment

Author

Latif Maulan

Projek Lukisan Bawah Air Laut




Hari ni hari kedua aku menyiapkan lukisan 'bawah air laut' ni, rasa lain je kalau translate perkataan underwater painting kepada bahasa melayu, "lukisan bawah air" . Tapi yang benarnya bahasa melayu itu tetap indah.
Aku harap projek lukisan fotorealisme ini akan menjadi lukisan yang sangat halus dan detail. Aku nak menghasilkan lukisan ini dalam masa sebulan... dan nantikan hasilnya ok...

Total comment

Author

Latif Maulan


CATAN REALISME FOTO ABD LATIF
Utusan Malaysia - KHAMIS 23 September 2004

Menghasilkan seni lukis hampir setepat rakaman foto memerlukan dedikasi dan ketelitian tinggi bagi melahirkan kerya yang bermutu dan menarik.
Karya-karya aliran realisme foto dan realisme kontemporari juga menuntut ketepatan dan kesabaran hampir sempurna jika senimannya ingin melihat hasil yang bermutu tinggi.
Menatap karya-karya Abd Latif Maulan memberikan kesan tampak yang memberangsangkan, terutama untuk memberikan tanggapan apakah karya yang terbentang merupakan sebuah hasil lukisan atau suatu rakaman foto yang dicetak pada kanvas.
Malah usikan bahawa lukisan beliau merupakan hasil daripada cetakan foto sentiasa dinafikan dengan menyatakan ianya adalah hasil kreativiti, kehalusan serta penguasaan teknik menggunakan cat minyak dan berus pada kanvas.
Sememangnya karya-karya yang berkonsepkan realisme foto dan realisme kontemporary cuba memberikan suatu kesan tampak setepat keadaan asal subjek atau objek yang dipilih, sama ada dalam bentuk rakaman fotografi atau seperti dalam pengelihatan mata.
Tiada manipulasi teknik cetakan sebaliknya, ia menuntut kesabaran seniman untuk menekuni kerjanya sehingga memberikan kesan dan hasil yang diingini.
Lantaran itu juga seniman yang mengkagumi Picasso dan jaafar taib ini menyatakan bahawa beliau perlu mengambil masa antara seminggu hingga sebulan untuk menyiapkan sesuatu karya.
Menurutnya, beliau membuat rakaman foto dengan menekankan kesan artistik seperti sudut kamera, komposisi dan penataan cahaya sebagai garis panduan kepada karya-karya yang bakal dihasilkan.
"Biasanya paling kurang saya memerlukan tidak kurang dari 10 keping gambar untuk dipilih sebagai garis panduan menyiapkan sesuatu karya.
"Pameran kali ini pula saya menampilkan siri buah-buahan yang turut mengetengahkan kain sarung dan batik sebagai identiti, selain identiti khusus saya, titis-titis air," jelasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai titis air yang menjadi tanda karya, beliau katanya, ia juga dapat memperlihatkan kesegaran pada buah-buahan yang menjadi subjek pilihan.
Abd Latif Maulan yang tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang lukisan serta tunjuk ajar dari Raja Azhar Idris memulakan perjalanan seninya dengan cat air serta menghasilkan beberapa siri Dapur, Landskap dan Buah-buahan, Alam -Burung dan bunga.
Beliau merupakan salah seorang seniman yang menyertai pameran 75 karya di Concourse Great Eastern Mall, Jalan Ampang pada 23 September hingga 10 October sempena The Great Eastern Mall Art Fest 2004.
Turut diadakan adalah majlis lelong karya seni untuk mengisi tabung Majlis Kanser Negara (Makna)
Latif Maulan juga dijadualkan mengadakan demonstrasi teknik lukisan realisme foto di Concourse, Great Eastern Mall sempana pameran yang turut ddisertai oleh pelukis terkemuka seperti Ismail Latiff, Sharifah Fatimah Zubir, Yusuf Ghani, Raja Azhar Idris, dan Rafiee Ghani.

Total comment

Author

Latif Maulan

Pengembara Seni

nostalgia pengembaraan aku ke empat benua masih teguh di ingatan, banyak yang aku pelajari dari pengembaraan itu, selama ini aku tidak pernah terlintas untuk mengembara ke dunia asing untuk menimba pengalaman atau patah lagi untuk melancong, adakah ini takdir, atau sudah ketentuan Ilahi, aku akur. Kota New York, tempat pertama aku memulakan pengembaraan aku, secara kebetulan di waktu itu aku ada seorang sahabat dari New York dan dialah yang memperkenalkan aku kepada seorang pelanggan yang berminat dengan hasil karya aku, dan hasil jualan lukisan aku itu sudah cukup untuk aku menjejakkan kaki ke kota New York dan tinggal di sana selama dua minggu serta cukup untuk perbelanjaan dan menyewa bilik. British airways pilihan aku untuk terbang ke NYC. Pegalaman perjalanan pertama sememangnya mencabar dan menyeronokkan, memang aku suka akan cabaran, ia mengajar kita erti hidup. Di dalam penerbangan...seronok bercampur gementar, almaklumlah pertama kali naik kapal terbang, dalam benak fikiran, harapan agar Rosie ada tunggu di JFK airport. Rosie aku kenal sewaktu di Malaysia, seorang yang peramah baik dan banyak cakap, seronok berkawan dengan dia. Di NYC dia ada sebuah apartment yang disewakan dan ada tiga bilik, satu bilik kosong, jadi dia mempelawa aku sewa di situ selama dua minggu sementara aku di NYC.



Kalau berjalan sorang sorang memang boring takde teman berbicara.. kat Heathrow berenti untuk beberapa jam... arghh boringnya..aku pun jalan-jalan kat situ, dalam fikiran aku teringat kata kata abang ipar aku yang heathrow tak lah sehabat KLIA, memang betul kata dia, kehebatan Heathrow cuma pada kesibukan kapal terbangnya, tapi kalau nak dibandingkan kecanggihan dan rekaan bangunannya, KLIA lagi hebat, bangga sungguh aku jadi anak Malaysia.

Sebaik sahaja aku sampai di JFK, nasib baik ada Rosie kalau tak terpaksa aku lepak kat 'backpackers hostel" je. Aku beborak panjang dengan dia, lama tak jumpa, dia bawa aku naik Volvo dia terus ke 201 West, 'apartment' sewa Rosie, di situ aku diperkenalkan dengan Paula dan Micheal yang menyewa di situ, Paul seorang jurubahasa yang bekerja di sebuah pejabat peguam di NYC sementara Paula bekerja sebagai tour guide di NYC.

Banyak tempat aku berjalan di NYC, berjaya juga akhirnya aku menjejakkan kaki ke negeri asing, central park... seronok gak jalan jalan disitu tapi bahaya waktu malam. China town, macam petaling street tu, biasanya tengok dalam tv je, tapi kini aku berada di situ merasai keadaannya. Rosie sengaja ajak aku jalan dan naik undergroud train dari apartment ke China Town, 'confirm' aku tak ingat jalan balik kalau aku sorang sorang. Perjalan balik kitaorang singgah tanya tiket persembahan teater "Lion King" di Broadway. Arghhh seronoknya nasib aku baik sebab ada kosong lagi satu tiket harga 90.00 usd, murah lah tu, Rosie kata memang susah nak dapat empty seat sebab memang setiap minggu 'full house". Seronoknya tak sabar aku nak tengok teater Lion King tu.



Malam tu aku dan Rosie pergi ke Persembahan teater Walt Disney Lion King di New Amsterdam Theater, 214 west, memang hebat, prop, background serta pelakon nya memang hebat. Aku begitu terpegun dengan "effect" background yang diaorang buat untuk menghidupkan teater tu... macam dalam citer katon tu. 'Costum' binatang diaorang memang best. Aku terpikat bagaimana sederetan gajah berjalan dari pintu masuk ke pentas, memang effect costum dia orang begitu realistik. memang tak boleh disangkal kehebatan persembahan walt disney ....aku terpikir kenapalah teater kat teater budaya malaysia tak buat macam ni ...jika aku bandingkan dengan persembahan teater Lion King ni.masih jauh untuk dikejar oleh negara aku..

Mesuem of modern art menjadi destinasi aku kedua untuk aku lawati padi hari seterusnya... satu hari tak habis nak melawat MOMA tu. Hebat dan seronok, kebetulan pula sewaktu tu ada pameran lukisan "Vincent Van Goh" oh seronoknya, inilah pelungnya aku untuk menikmati lukisan Van Goh secara life, bukan senang nak tengok lukisan otai ni. Apa yang aku mampu cuma beli print lukisan dia je.. nak beli lukisannya tak mampu berjuta harga.

Total comment

Author

Latif Maulan

Wartawan yang tulis artikal ni silap tulis nama aku, sepatutnya Abd Latif , satu f je... tapi tak pelah.. publisiti punya hal

Total comment

Author

Latif Maulan

ZIKRIN, karyaku yang spontan....



Karya ini aku hasilkan secara tidak dirancang... spontan, mungkin rakaman wajah budak ini menarik perhatian aku dan cuba memaparkannya ke atas canvas. Cat minyak atas kanvas, hampir seminggu lebih aku cuba menyiapkan lukisan ni... seronok juga buat potrait.. tapi sebenarnya aku tidak berapa pro sangat dengan potrait cuma nak buat experiment subjek. Kalau tak silap karya ini di hasilkan tahun 1999...
Apa yang jelasnya kalau nak lukis potrait kena ada gaya, kalau kita pegi kat Central Market tu memang ramai yang kita lihat pro melukis potrait, memang aku tidak nafikan kehebatan mereka.. aku respek kat dia orang tu, memang terror.

Total comment

Author

Latif Maulan

Karya

Ada dua perbezaan yang ketara di sini, melukis untuk diri dan melukis untuk kepuasan. Melukis untuk diri adalah melukis untuk kita meneruskan kehidupan iaitu untuk mendapatkan pendapatan, dengan itu aku juga perlu buat lukisan yang berunsurkan komersial di mana, apa yang pelanggan minat?, apa yang pelanggan suka?, apa yang membolehkan lukisan itu jual?



Warna.. bagi aku warna amat penting untuk menarik perhatian pelanggan, tak kira jenis lukisan apa pun. Ini aku membuat penilaian sepanjang pejalanan seni aku selama hampir 10 tahun. Secara purata warna-warna yang terang dan harmoni lebih banyak terjual dari yang sebaliknya. pemilihan subjek juga penting, orang suka tengok objek yang seimbang, tak buruk dan tak cantik.. maknanya sederhana. Yang penting sekali kehalusan dan kerajinan yang terpapar di atas kanvas tersebut membuat orang akan menghargai lukisan tersebut... maknanya apabila dia terpandang akan lukisan tersebut dia akan menghargai apa yang terpapar di atas kanvas tersebut kerana di situ ada semangat dan daya dari pelukis yang melukis karya tersebut.



Kalau kita nak lukis untuk kepuasan diri, bagi aku buat masa ni belum lagi sampai masanya.. melukis untuk kepuasan adalah melukis apa yang kita suka dengan tidak mementingkan apa yang orang suka. Lukisan yang semacam ini ada juga orang suka.. tapi secara purata ianya kurang sedikit mendapat perhatian, lainlah kalau aku dah betul betul menjadi aritist yang otai dan terkenal seluruhnya.

Total comment

Author

Latif Maulan