Contact Form

 

Pengembara Seni

nostalgia pengembaraan aku ke empat benua masih teguh di ingatan, banyak yang aku pelajari dari pengembaraan itu, selama ini aku tidak pernah terlintas untuk mengembara ke dunia asing untuk menimba pengalaman atau patah lagi untuk melancong, adakah ini takdir, atau sudah ketentuan Ilahi, aku akur. Kota New York, tempat pertama aku memulakan pengembaraan aku, secara kebetulan di waktu itu aku ada seorang sahabat dari New York dan dialah yang memperkenalkan aku kepada seorang pelanggan yang berminat dengan hasil karya aku, dan hasil jualan lukisan aku itu sudah cukup untuk aku menjejakkan kaki ke kota New York dan tinggal di sana selama dua minggu serta cukup untuk perbelanjaan dan menyewa bilik. British airways pilihan aku untuk terbang ke NYC. Pegalaman perjalanan pertama sememangnya mencabar dan menyeronokkan, memang aku suka akan cabaran, ia mengajar kita erti hidup. Di dalam penerbangan...seronok bercampur gementar, almaklumlah pertama kali naik kapal terbang, dalam benak fikiran, harapan agar Rosie ada tunggu di JFK airport. Rosie aku kenal sewaktu di Malaysia, seorang yang peramah baik dan banyak cakap, seronok berkawan dengan dia. Di NYC dia ada sebuah apartment yang disewakan dan ada tiga bilik, satu bilik kosong, jadi dia mempelawa aku sewa di situ selama dua minggu sementara aku di NYC.



Kalau berjalan sorang sorang memang boring takde teman berbicara.. kat Heathrow berenti untuk beberapa jam... arghh boringnya..aku pun jalan-jalan kat situ, dalam fikiran aku teringat kata kata abang ipar aku yang heathrow tak lah sehabat KLIA, memang betul kata dia, kehebatan Heathrow cuma pada kesibukan kapal terbangnya, tapi kalau nak dibandingkan kecanggihan dan rekaan bangunannya, KLIA lagi hebat, bangga sungguh aku jadi anak Malaysia.

Sebaik sahaja aku sampai di JFK, nasib baik ada Rosie kalau tak terpaksa aku lepak kat 'backpackers hostel" je. Aku beborak panjang dengan dia, lama tak jumpa, dia bawa aku naik Volvo dia terus ke 201 West, 'apartment' sewa Rosie, di situ aku diperkenalkan dengan Paula dan Micheal yang menyewa di situ, Paul seorang jurubahasa yang bekerja di sebuah pejabat peguam di NYC sementara Paula bekerja sebagai tour guide di NYC.

Banyak tempat aku berjalan di NYC, berjaya juga akhirnya aku menjejakkan kaki ke negeri asing, central park... seronok gak jalan jalan disitu tapi bahaya waktu malam. China town, macam petaling street tu, biasanya tengok dalam tv je, tapi kini aku berada di situ merasai keadaannya. Rosie sengaja ajak aku jalan dan naik undergroud train dari apartment ke China Town, 'confirm' aku tak ingat jalan balik kalau aku sorang sorang. Perjalan balik kitaorang singgah tanya tiket persembahan teater "Lion King" di Broadway. Arghhh seronoknya nasib aku baik sebab ada kosong lagi satu tiket harga 90.00 usd, murah lah tu, Rosie kata memang susah nak dapat empty seat sebab memang setiap minggu 'full house". Seronoknya tak sabar aku nak tengok teater Lion King tu.



Malam tu aku dan Rosie pergi ke Persembahan teater Walt Disney Lion King di New Amsterdam Theater, 214 west, memang hebat, prop, background serta pelakon nya memang hebat. Aku begitu terpegun dengan "effect" background yang diaorang buat untuk menghidupkan teater tu... macam dalam citer katon tu. 'Costum' binatang diaorang memang best. Aku terpikat bagaimana sederetan gajah berjalan dari pintu masuk ke pentas, memang effect costum dia orang begitu realistik. memang tak boleh disangkal kehebatan persembahan walt disney ....aku terpikir kenapalah teater kat teater budaya malaysia tak buat macam ni ...jika aku bandingkan dengan persembahan teater Lion King ni.masih jauh untuk dikejar oleh negara aku..

Mesuem of modern art menjadi destinasi aku kedua untuk aku lawati padi hari seterusnya... satu hari tak habis nak melawat MOMA tu. Hebat dan seronok, kebetulan pula sewaktu tu ada pameran lukisan "Vincent Van Goh" oh seronoknya, inilah pelungnya aku untuk menikmati lukisan Van Goh secara life, bukan senang nak tengok lukisan otai ni. Apa yang aku mampu cuma beli print lukisan dia je.. nak beli lukisannya tak mampu berjuta harga.

Total comment

Author

Latif Maulan