Contact Form

 

Pukul 3 pagiiiii


Pukul tiga pagi, masih berjaga....arghhhh lukisan tak siap lagi. Nak buat design website baru, website aku tu nampak semak, kali ni aku nak buat simple sikit... macam mana nak siapkan lukisan 30 keping, dahla lukisan realistik detail.. aku kena ubah sikit, mungkin buat minimalism, main dengan space, tension...tension...tension...aku kena buat juga pameran solo walau apa pun..walau pun memakan masa setahun. Cuba bayangkan 30 keping lukisan realistik... kalau jadik tentu gempak. Anyway aku akan teruskan juga perjuangan ini hingga ke akhirnyer. Aku tengok lukisan orang puteh usa yang baru aku surf website dia tadi rasa tercabar juga, steve mills.. lukisan dia memang hebat betul http://www.stevemillsart.com/ kalau tengok lukisan dia sebijik macam photograph, memangla .. ia buat sebulan sekeping je lepas tu jual 20, 30 ribu us dollar, bebaloi la.

Total comment

Author

Latif Maulan

0   comments

Post a Comment