Contact Form

 

Hari KE-2 Lukisan yang belum bertajuk...


















Hari ini hari kedua aku melukis lukisan ini, tiada apa yang menarik, cuma, lapisan pertama ini perlu diteruskan.



Kadang-kadang timbul juga rasa bosan kerana duduk di hadapan kanvas terlalu lama, tapi kerja harus diteruskan. Hari ini di luar studio nampaknya hujan membasahi bumi sempena kedatangan tahun baru Maal Hijrah ini, syukur Alhamdulillah, sejuk rasanya.


Sudah hampir seminggu tanah di luar kering kepanasan, hujan ini seolah olah menyambut kedatangan Maal Hijrah. Kuasa Allah, jikalau tumbuh-tumbuhan diluar boleh berkata-kata tentu mereka gembira dengan hujan ini, tapi sekarang ni hujan pun sudah tidak macam dulu lagi kerana musim dan cuaca tidak menentu.







Hujan dulu dengan hujan sekarang tentu banyak beza, kalau dulu masa kecil, seronok rasanya bermandian hujan tapi sekarang ni nak mandi hujan pun rasa takut , takut dengan hujan toksid.


Kepanasan yang melampau, ozon yang menipis semuanya disebabkan oleh manusia itu sendiri, manusia kini sedang memusnahkan tempat tinggal mereka sendiri. Virus baru sentiasa sahaja muncul, selsema burung. Tak sangka burung pun boleh kena selsema, kalau selsema macam kita tak pe lagi tapi boleh membawa maut kepada manusia, semuanya kuasa Allah, segala-galanya ada hikmah di sebaliknya.
Hari ni hari pertama dalam bulan kedua tahun 2006, cepat sungguh masa berlalu. Pameran solo aku masih lagi tidak ditetapkan, aku cuba untuk menyiapkan 5 keping lagi lukisan untuk cukupkan 20 keping.








Aduh, cepat sungguh masa berlalu, ini adalah lukisan yang ke 15 aku lukis, tema untuk pameran aku nanti berkaitan dengan kritikan sosial. Lukisan ini tentang pemandangan di lebuhraya antara Bentung ke Kuala Lumpur, jika dilihat apabila kita ingin sampai ke Kuala Lumpur, banayk papan tanda Di Larang Menjaja Di Sini.

Menarik perhatian aku di mana terdapat penjual lemang di kawasan tersebut tetapi tidak mengendahkan papan tanda tersebut, apahal ni, buta huruf ke mereka tu. Mereka tidak risau ke tentang keselamatan diri dan juga pengguna lebuhraya yang lain. Mungkin setelah berlaku kematian yang melibatkan penjual lemang dengan pengguna lebuhraya barulah mereka akan tersedar.











Pemandangan ini juga berkaitan dengan kesempitan hidup mayarakat minoriti yang sanggup bergadai nyawa untuk mencari rezeki walaupun terpaksa melanggar peraturan (Di Larang Menjaja Di Sini), tidak adakah tempat untuk mereka menjual lemang tersebut? Bukankah ada disediakan gerai berdekatan sebelum sampai ke Tol Kuala Lumpur itu, kenapa mereka tidak mahu berniaga di itu? adakah mereka tidak diberikan tempat oleh golongan tertentu. Sepatutnya diadakan gerai khas untuk mereka menjual lemang, jadi tidaklah mereka menjaja di kawasan yang tidak sepatutunya. Pemandangan ini sudah berlaku bertahun tahun tapi pihak majoriti tidak dapat melihat.

Permasalahan seperti inilah yang terungkap dalam karya yang aku sedang hasilkan ini. Aku cuba untuk membawa pemerhati karya ini untuk sama-ama berfikir. Semoga karya ini akan menjadi sesuatu komunikasi antara pengkarya dan juga pemerhati, teringat satu perpatah inggeris, "art is not a goal, but to communicate with man kind.."


Bersambung esok..........








Total comment

Author

Latif Maulan

0   comments

Post a Comment