Contact Form

 
The making of "my Life is Brilliance.." on progress (the 12th painting for my solo exhibition)


Karya yang saya hasilkan disini merupakan titik perubahan yang begitu ketara sekali dalam pembabitan kerjaya saya sebagai pelukis sepenuh masa selama 9 tahun, jika sebelum ini saya melukis karya-karya alam flora seperti bunga-bungaan dan juga buah-buahan dalam bentuk still life kini saya cuba menghasilkan sesuatu yang berbeza, pemilihan subjek bukan sahaja terletak pada keindahan pemandangan mata saya tapi berkisarkan tentang kehidupan dan juga persekitaran sekeliling sama ada dalam atau pun luar negara. Apa yang saya cuba tampilkan adalah situasi sebenar dalam kehidupan manusia.
Ada sesetengah karya berkisarkan tentang keburukan tetapi saya cuba tampilkan dalam bentuk yang indah, kontra buruk dan indah. Sebagai contoh karya "my Life is brilliance" (hidup saya cukup sempurna/indah) pada mulanya saya meletakkan tajuk "pengemis itu sedang bermimpi.."

My life is brilliance....adalah karya yang begitu kontra dari segi penampilan subjeknya iaitu buruk dan indah. Orang itu adakh dia seorang pengemis? dari sekali imbas pandangan jika kita melihatnya ayat pengemis terlintas di pemikiran kita. Namun dia mungkin seorang hartawan atau jutawan yang menipu kita dari segi fizikal. Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya adalah tentang perkataan 'miracle" itu sendiri 'Keajaiban".
Adakala manusia mengimpikan keajaiban dalam sesetengah perkara meskipun kita tahu ianya adalah mustahil dan orang/pengemis itu sedang mengimpikan sesuatu yang indah dan (simboliknya adalah iklan "trip to paris" itu sudah cukup kuat untuk menunjukkan impian tinggi) dan juga (keinginan cinta seorang wanita simbolik gambar dari iklan 'miracle' yang terkoyak itu).
Pemandangan seperti ini tanpa kita sedari seringkali kita melihatnya tapi kita tidak terfikirkan tentangnya, mungkin dengan pemandangan sekali imbas sahaja

Total comment

Author

Latif Maulan

0   comments

Cancel Reply